Yulia Amira Blogs !!

Status Hadis Mati Syahid Kerana Pendam Cinta

Status Hadis Mati Syahid Kerana Pendam Cinta - Selamat datang di blog Yulia Amira !!, Info kali ini adalah tentang Status Hadis Mati Syahid Kerana Pendam Cinta !! Semoga tulisan singkat dengan kategori HADITH !! Hadith Maudhu' (Palsu) !! Status Hadith !! ini bermanfaat bagi anda yang membutuhkan. Dan untuk anda yang baru berkunjung kenal dengan blog sederhana ini, Jangan lupa ikut menyebarluaskan postingan bertema Status Hadis Mati Syahid Kerana Pendam Cinta ini ke social media anda, Semoga rezeki berlimpah ikut di permudahkan sang khalik yang maha kuasa, Selengkapnya lansung lihat infonya dibawah -->








Teks Hadis



مَنْ عَشَقَ وَكَتَمَ وَعَفَّ فَمَاتَ فَهُوَ شَهِيدٌ
Sesiapa yang jatuh cinta lalu dia pendam dan menjauhkan diri darinya kemudian dia mati, maka dia mati syahid.



Sumber Hadis

1. Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dari sanad Abdullah bin Abbas (Tarikh Baghdad 5/364 pada biografi Muhammad bin Daud bin Ali Abu Bakr al-Asbahani )

2. Riwayat Ibn Asakir dalam dari sanad Abdullah bin Abbas (Tarikh Dimashq 43/195 pada biografi Ali bin Muhammad bin Ali bin Muhammad bin Al-Husain)

3. Riwayat al-Ghazali (Ihya’ Ulumiddin 3/105)



Status Hadis:
Hadis ini tidak sahih. Sebahagian ulama menilainya dhaif jiddan (sangat lemah) manakala sebahagian yang lain menilainya maudhu’ (palsu).


1. Berkata al-Hafiz ibn Hajar al-Asqalani, “Para ulama hadis mengingkari riwayat hadis Suwaid (bin Said) ini. Begitulah yang dinyatakan oleh Ibn Adi dalam al-Kamil. Demikian juga al-Baihaqi dan ibn Tahir mengingkari kesahihan riwayat ini. Ibn Hibban berkata, sesiapa yang meriwayatkan riwayat seperti ini daripada Ali bin Mushir, maka riwayatnya ditinggalkan (tertolak).” (al-Talkhis al-Habir 2/283)


2. Berkata al-Hafiz ibn Jauzi al-Hanbali, “Hadis ini tidak sahih daripada Rasulullah s.a.w. Suwaid bin Said menjadi madar (paksi hadis) dalam dua jalan riwayat hadis ini.” (al-Ilal al-Mutanahiah 2/285)


3. Berkata al-Ijli; Aku sangat hairan dengan hadis ini (bagaimana suwaid boleh meriwayatkannya) kerana ianya tidak diriwayatkan oleh orang lain selain daripada jalan Suwaid bin Said sedangkan dia seorang thiqah (dipercayai).


Wallahua'lam.



Demikianlah Artikel Status Hadis Mati Syahid Kerana Pendam Cinta, Semoga dengan adanya artikel singkat seperti Informasi postingan Status Hadis Mati Syahid Kerana Pendam Cinta ini, Anda benar benar sudah menemukan artikel yang sedang anda butuhkan Sekarang. Jangan lupa untuk menyebarluaskan informasi Status Hadis Mati Syahid Kerana Pendam Cinta ini untuk orang orang terdekat anda, Bagikan infonya melalui fasilitas layanan Share Facebook maupun Twitter yang tersedia di situs ini.
Back To Top
close