Benarkah Belakang Tapak Tangan Itu Aurat? - Selamat datang di blog Yulia Amira !!, Info kali ini adalah tentang Benarkah Belakang Tapak Tangan Itu Aurat? !! Semoga tulisan singkat dengan kategori
Adat Kebiasaan !!
Amalan !!
Fiqh !!
Ibadah !!
Soal Jawab !! ini bermanfaat bagi anda yang membutuhkan. Dan untuk anda yang baru berkunjung kenal dengan blog sederhana ini, Jangan lupa ikut menyebarluaskan postingan bertema Benarkah Belakang Tapak Tangan Itu Aurat? ini ke social media anda, Semoga rezeki berlimpah ikut di permudahkan sang khalik yang maha kuasa, Selengkapnya lansung lihat infonya dibawah -->
Persoalan mengenai aurat wanita tampak remeh namun saya percaya masih ramai di luar sana yang tidak tahu, salah faham atau mungkin keliru. Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan dapatan kajian rawak yang saya lakukan di sosial media. Berikut dapatan kajian tersebut;
Statistik menunjukkan majoriti SALAH menjawab soalan yang diberikan. Anggaran kasarnya adalah seramai 4400 orang daripada 7042 orang yang mengambil bahagian dalam poll ini. Angka ini menunjukkan bilangan yang serius dan tidak boleh diremehkan. Ternyata persoalan agama yang tampak remeh dan mudah, sentiasa perlu didedah dan diajar kepada masyarakat dari masa ke semasa.
Tidak Aurat
Kita selalu diajar atau didedahkan bahawa aurat wanita ialah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Ini bermakna belakang telapak tangan ialah aurat yang perlu ditutup. Mungkin kerana itu, kita dapati sebahagian wanita menutup belakang telapak tangan mereka dengan kain. Tambahan, kini sudah ada terjual sarung tangan (hand sock) yang menutup bahagian belakang tapak tangan.
Bagaimana salah faham ini terjadi?
Antata faktornya ialah mungkin kerana pengajar atau penterjemah buku fiqah menterjemahkan secara zahir perkataan al-Kaffain sebagai tapak tangan. Perlu diingati bahawa tersalah menterjemah perkataan bahasa Arab ke dalam bahasa asing sangat memberi kesan besar kepada masyarakat terutama jika melibatkan teks-teks Al-Quran dan Hadith yang mengandungi hukum. Salah satu contoh ialah kes yang sedang dibincangkan ini.
Perkataan al-Kaffain secara zahir memang lah membawa maksud tapak tangan dalam bahasa melayu. Namun begitu, perkataan al-Kaffain menurut ulama' fiqh dan bahasa Arab ialah tapak tangan zahir dan batin. Telapak tangan yang zahir ialah bahagian luar manakalah telapak tangan batin ialah bahagian dalam.
Ini juga menunjukkan betapa pentingnya memahami teks-teks agama berdasarkan bahasa asal ia diturunkan. Untuk memahaminya, kita perlu merujuk pandangan ulama' fiqah dan bahasa Arab.
Ini juga menunjukkan betapa pentingnya memahami teks-teks agama berdasarkan bahasa asal ia diturunkan. Untuk memahaminya, kita perlu merujuk pandangan ulama' fiqah dan bahasa Arab.
Had pergelangan tangan pula ialah dari jari sehingga tulang al-ku' (الكوع). Diatas tulang itu maka bukan lagi pergelangan, ia aurat yang perlu ditutup.
Bahagian Telapak Tangan Luar dan Dalam |
Had aurat sehingga tulang al-Ku' |
Kesimpulan
Aurat wanita ialah seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan.
Berikut 'ibarat daripada kitab fiqah:
واعلم أن للحرة أربع عورات: فعند الأجانب جميع البدن.
وعند المحارم والخلوة ما بين السرة والركبة، وعند النساء
الكافرات ما لا يبدو عند المهنة، وفي الصلاح جميع بدنها ما عدا وجهها وكفيها.
(قوله: ظهرهما وبطنهما) بدل من كفين.
وقوله: إلى الكوعين متعلق بمحذوف، أي وحد الكفين كائن إلى الكوعين(Al-Dimyati, I'anah al-Talibin 1/134)
............
قال: (ولا ينظر غير الوجه والكفين)؛ لأن غيرهما عورة، ولأنها المواضع التي تظهر من الزينة المشار إليها بقوله تعالى:} ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها {، وعلله الماوردي بأن في الوجه ما يستدل به على الجمال، وفي اليدين ما يستدل به على خصب البدن ونعومته.
ويعم بالنظر ظاهر الكفين وباطنهما، وقيل: ومفصل اليدين..
(Al-Damiri, al-najm al-Hawaj syarh al-Minhaj 7/18)
.....................
وهذه العلة تفهمك أن المراد بالكف: من مبتدأ رءوس الأصابع إلى الكوعين ظهراً وبطناً، وهو الذي حكاه جمهور الأصحاب هنا.
وفي "تعليق" القاضي الحسين: أن من أصحابنا من قال: [ظهرهما] عورة كظهر القدمين، وقد حكاه الرافعي في كتاب النكاح.
وقال المزني: ظهر القدمين ليس بعورة كظهر الكفين، ولأنه مكشوف في العادة؛ فلم يلزمها ستره؛ كالوجه والكفين.
وبعض الأصحاب ألحق أخمص القدمين ببطن الكفين حكاه الفوراني وغيره من أصحاب القفال عن روايته.
قال الروياني: ويقال: إنه حكاه قولاً في المسألة.
والمذهب الأول؛ لما ذكرناه؛ فإن من ضرورة ظهور الكف ظهور ظهره، وفي تكليف ستر البطون فقط مشقة أشد من مشقة ستر الجميع، وأما أخمص القدمين فمستوران في الغالب، وكذا ظهر القدمين؛ ولهذا لم يجب على المحرمة كشفهما مع أنه ورد عن أم سلمة أنها قالت: قلت: يا رسول الله، أتصلي المرأة في درع وخمار، وليس عليها إزار؟ فقال: "نَعَمْ، إِذَا كَانَ سَابِغاً يُغَطِّي ظُهُورَ قَدميها". رواه أبو داود.
(Ibn Rif'ah, Kifayah al-Nabih syarh al-Tanbih 2/463)
Demikianlah Artikel Benarkah Belakang Tapak Tangan Itu Aurat?, Semoga dengan adanya artikel singkat seperti Informasi postingan Benarkah Belakang Tapak Tangan Itu Aurat? ini, Anda benar benar sudah menemukan artikel yang sedang anda butuhkan Sekarang. Jangan lupa untuk menyebarluaskan informasi Benarkah Belakang Tapak Tangan Itu Aurat? ini untuk orang orang terdekat anda, Bagikan infonya melalui fasilitas layanan Share Facebook maupun Twitter yang tersedia di situs ini.