Yulia Amira Blogs !!

Lelaki Yang Buat Wanita Menangis Akan Disebat Malaikat?

Lelaki Yang Buat Wanita Menangis Akan Disebat Malaikat? - Selamat datang di blog Yulia Amira !!, Info kali ini adalah tentang Lelaki Yang Buat Wanita Menangis Akan Disebat Malaikat? !! Semoga tulisan singkat dengan kategori HADITH !! Hadith Maudhu' (Palsu) !! Isu Semasa !! Soal Jawab !! Soalan Netizen !! Telegram Channel !! ini bermanfaat bagi anda yang membutuhkan. Dan untuk anda yang baru berkunjung kenal dengan blog sederhana ini, Jangan lupa ikut menyebarluaskan postingan bertema Lelaki Yang Buat Wanita Menangis Akan Disebat Malaikat? ini ke social media anda, Semoga rezeki berlimpah ikut di permudahkan sang khalik yang maha kuasa, Selengkapnya lansung lihat infonya dibawah -->











Telah tersebar poster ancaman yang sangat dahsyat bagi lelaki wanita dan membuatkan mereka menangis.

Antara hukumannya ialah:

1. Dianggap sebahagian daripada keturunan arab jahiliyyah.

2. Seorang dayus dan haram mengambil akad nikah.

3. Di neraka nanti lehernya akan dijerut oleh Malaikat dengan tulang belakang perempuan itu.

4. Haram ke syurga.

5. Haram cium bau syurga.

6. Jarak dengan neraka adalah senipis sehelai rambut (poin nombor 3 tadi kata dah diseksa di neraka?!)
..........

Kandungan dalam poster ini hanyalah rekaan semata-mata. Dalam ilmu hadith, bentuk sebegini dipanggil At-Tarhib iaitu ancaman.

Antara faktor kemunculan hadith palsu ialah sebagai At-Tarhib iaitu untuk memberikan ancaman kepada manusia akan sesuatu kesalahan supaya mereka rasa takut untuk melakukannya.

Niatnya memang baik tapi ianya tetap salah. Niat yang baik tak bermaksud kita boleh sesuka hati mereka-reka sesuatu berkaitan agama.

Walaupun ia tidak didakwa sebagai hadith tapi ia mungkin akan dipercayai oleh masyarakat awam yang tidak punya pengetahuan mendalam tentang agama.

Kesalahan dalam poster ini;

1. Mereka-reka azab khusus terhadap sesuatu perbuatan. Dalam Islam, hanya Allah dan Rasul sahaja yang ada autoriti/hak untuk menyebutkan tentang sesuatu azab khusus.

2. Azab yang dinyatakan (6 azab) itu terlalu berlebih-lebihan hingga tak sepadan dengan dosa yang dilakukan. Memang inilah bentuk hadith palsu. Ulama' hadith mengatakan bahawa antara tanda sesuatu hadith itu palsu ialah, ancaman atau ganjaran yang diberikan terlalu melampau, tidak sepadan dengan perbuatan.

3. Mendakwa tentang hal ghaib tanpa dalil yang sahih. Perkara berkaitan dengan kiamat, syurga dan keindahannya, neraka dan azab-azab di dalamnya adalah termasuk perkara ghaib yang mana kita semua tidak tahu bagaimana keadaannya. Perkara ghaib tersebut diketahui melalui apa yang dikhabarkan oleh Allah dan Rasul.

4. Dakwaan ianya daripada Ustaz Azhar Idrus (UAI) juga boleh jadi sengaja direka. Memang menjadi adat orang yang mereka sesuatu berkaitan agama pasti akan menyandarkannya kepada mana-mana tokoh/orang yang berpengaruh untuk menjadikan dakwaannya itu diterima ramai walaupun sebenarnya ia tak disebutkan pun oleh mereka. Selagi tidak ada bukti yang sahih/valid ianya daripada UAI, maka ia dianggap dakwaan palsu.

Kesimpulan:

Ancaman bagi lelaki yang membuat wanita menangis atau terasa hati ini adalah palsu dan rekaan semata-mata. Tidak bersumberkan mana-mana kitab hadith yang muktabar.

Sesiapa yang mereka atau pernah share kepada oranv lain, sila padam dan jelaskan kepalsuan ini.

wallahua'lam.
_________

Ad-Dien Abdul Kadir
Khamis_08/12/2016



Demikianlah Artikel Lelaki Yang Buat Wanita Menangis Akan Disebat Malaikat?, Semoga dengan adanya artikel singkat seperti Informasi postingan Lelaki Yang Buat Wanita Menangis Akan Disebat Malaikat? ini, Anda benar benar sudah menemukan artikel yang sedang anda butuhkan Sekarang. Jangan lupa untuk menyebarluaskan informasi Lelaki Yang Buat Wanita Menangis Akan Disebat Malaikat? ini untuk orang orang terdekat anda, Bagikan infonya melalui fasilitas layanan Share Facebook maupun Twitter yang tersedia di situs ini.
Back To Top
close