Yulia Amira Blogs !!

Imam Hanafi, Maliki Tak Wujud!

Imam Hanafi, Maliki Tak Wujud! - Selamat datang di blog Yulia Amira !!, Info kali ini adalah tentang Imam Hanafi, Maliki Tak Wujud! !! Semoga tulisan singkat dengan kategori Adat Kebiasaan !! ARTIKEL !! Telegram Channel !! ini bermanfaat bagi anda yang membutuhkan. Dan untuk anda yang baru berkunjung kenal dengan blog sederhana ini, Jangan lupa ikut menyebarluaskan postingan bertema Imam Hanafi, Maliki Tak Wujud! ini ke social media anda, Semoga rezeki berlimpah ikut di permudahkan sang khalik yang maha kuasa, Selengkapnya lansung lihat infonya dibawah -->





|Imam Hanafi, Maliki Tak Wujud! |

Selalu kita dapati sebahagian orang bercakap atau menulis berkaitan mazhab maka mereka menyebutkan

"Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Hanbali..."

Sedangkan Imam bernama sedemikian tak wujud!

Bahkan pernah juga cover buku yang terjebak sama menggunakan perkataan sedemikian. Mungkin anda juga pernah jumpa di kedai-kedai buku.

Sebenarnya nama Hanafi, Maliki dan Hanbali adalah nama Mazhab, bukan nama Imam Mazhab. Apabila nama Imam disebutkan sedemikian, maka ia merupakan suatu kesalahan.

Sebutan yang betul ialah;

1. Imam Abu Hanifah. Bukan Imam Hanafi tapi Mazhab Hanafi.

2. Imam Malik. Bukan Imam Maliki tapi Mazhab Maliki.

3. Imam Ahmad bin Hanbal. Bukan Imam Hanbali tapi Mazhab Hanbali.

--------

Imam Syafie pula? Kenapa boleh sebut Mazhab Syafie?

Sebabnya adalah nama Imam As-Syafie (الشافعي) diakhiri dengan huruf ya (ي).

So, apa kena mengena huruf (ي) ni dengan isu yang kita bincangkan?

Ada kena mengena. Ia berkaitan ilmu tatabahasa Arab.

Dalam bahasa Arab, bila seseorang itu dinisbahkan/dikaitkan kepada sesuatu sama ada namanya, tempat atau sifat tertentu, maka huruf akhirnya hendaklah diletakkan huruf (ي)

Huruf (ي) ini disebut sebagai ya An-Nisbah/nasab. Ya nisbah memiliki simbol syaddah/tasydid (يّ) sebagai bentuk penegasan manakala huruf sebelumnya (ي) hukumnya mestilah dijadikan kasrah (berbaris bawah).

Contoh:

Nama Malik (مَالِكٌ) dinisbahkan kepada mazhab, maka perlu ditambah huruf (ي) nisbah. Maka jadilah Maliki (مَالِكِيٌّ). Huruf (ك) menjadi kasrah (baris bawah) selepas diletak (ي) nisbah.

Nama Syafie (الشافعي) pula memang berakhir dengan huruf (ي) dan huruf sebelumnya iaitu (ع) memang dah kasrah (baris bawah), jadi tiada masalah. Terus saja sebut sebagai Mazhab Syafie.

---------

Huruf (ي) nisbah ini jika dalam tatabahasa English dikenali sebagai suffix (imbuhan akhir) yang ditambah dengan huruf "-ian/an".

Contoh, orang yang dinisbahkan/dikaitkan dengan Malaysia a.k.a orang Malaysia= Malaysian.

Orang America= American.

Orang yang dikaitkan dengan dunia Academic= Academician

Dan sebagainya.

Begitulah konsepnya. Manakala dalam bahasa Melayu, setakat pengetahuan saya, tiada imbuhan akhir untuk menunjukkan penisbahan sebegini.

Wallahua'lam.

Semoga bermanfaat.
_______
telegram.me/addien90
Ad-Dien Abdul Kadir
Khamis 13/10/2016


Demikianlah Artikel Imam Hanafi, Maliki Tak Wujud!, Semoga dengan adanya artikel singkat seperti Informasi postingan Imam Hanafi, Maliki Tak Wujud! ini, Anda benar benar sudah menemukan artikel yang sedang anda butuhkan Sekarang. Jangan lupa untuk menyebarluaskan informasi Imam Hanafi, Maliki Tak Wujud! ini untuk orang orang terdekat anda, Bagikan infonya melalui fasilitas layanan Share Facebook maupun Twitter yang tersedia di situs ini.
Back To Top
close