Yulia Amira Blogs !!

Nasihat Emas Fudhail bin Iyadh Berkaitan Beban Jawatan

Nasihat Emas Fudhail bin Iyadh Berkaitan Beban Jawatan - Selamat datang di blog Yulia Amira !!, Info kali ini adalah tentang Nasihat Emas Fudhail bin Iyadh Berkaitan Beban Jawatan !! Semoga tulisan singkat dengan kategori Akhlak !! Amalan !! ARTIKEL !! KISAH TAULADAN !! Status Facebook !! ini bermanfaat bagi anda yang membutuhkan. Dan untuk anda yang baru berkunjung kenal dengan blog sederhana ini, Jangan lupa ikut menyebarluaskan postingan bertema Nasihat Emas Fudhail bin Iyadh Berkaitan Beban Jawatan ini ke social media anda, Semoga rezeki berlimpah ikut di permudahkan sang khalik yang maha kuasa, Selengkapnya lansung lihat infonya dibawah -->




Fudhail bin Iyadh pernah memberikan nasihat kepada Harun Al-Rashyid sewaktu beliau dilantik menjadi Khalifah ummat Islam. Khalifah Harun Al-Rasyid berkata:

“Ketika Umar bin Abdul Aziz r.a. menjadi khalifah (Bani Abbasiyah), dia pernah mengundang Salim bin Abdullah bin Umar r.a., Muhammad bin Kaab Al-Qurzhi, dan Raja’ bin Haiwah. Umar bin Abdul Aziz berkata kepada mereka, “Sesungguhnya aku sedang diuji dengan musibah ini (jabatan kekhalifahan). Oleh itu, berilah saranan dan nasihat kepada saya!”

Berkata Fudhail ibn Iyadh kepada Khalifah Harun al-Rasyid, “Dahulu, Umar bin Abdul Aziz menganggap jawatan khalifah sebagai musibah. Sementara kamu dan para pegawaimu menganggapnya sebagai nikmat dan anugerah.”

Berkata Fudhail bin Iyadh, “wahai Amirul Mukminin (Harun Al-Rasyid) ! Ketika Abbas bin Abdul Mutthalib radhiallahu 'anhu.,iaitu bapa saudara Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam menghadap baginda meminta jawatan seraya berkata, “Wahai Rasulullah, berikanlah jawatan kepadaku!”

Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :“Wahai Abbas, wahai bapa saudara Rasulullah! Nyawa yang kamu selamatkan adalah lebih baik daripada jawatan yang tidak dapat kamu pertanggungjawabkan. Sesungguhnya, jawatan itu akan menjadi bahan penyesalan dan kerugian besar pada hari kiamat kelak. Jika kamu mampu untuk tidak menjadi pemimpin terhadap seseorang, maka lakukanlah!”

Harun Ar-Rasyid pun lalu menangis dengan teruk sekali semahu-mahunya.

Berkata sebahagian salaffussoleh:

"Manusia di akhirat kelak akan dihisab tentang diri mereka, tetapi kamu wahai pemimpin, akan dihisab tentang diri kamu dan semua yang berada dibawahmu! ".

Kisah ini dimuatkan di dalam Tarikh Ad-Dimasyq oleh Imam Ibn Asakir rahimahullah dan Tarikh Al-Bagdad oleh Imam Khatib Al-Baghdadi.

Dalam keghairahan duduk di jawatang yang tinggi, ingatlah beban yang berat di akhirat sedang menanti.


Tulisan asal di Facebook:



Demikianlah Artikel Nasihat Emas Fudhail bin Iyadh Berkaitan Beban Jawatan, Semoga dengan adanya artikel singkat seperti Informasi postingan Nasihat Emas Fudhail bin Iyadh Berkaitan Beban Jawatan ini, Anda benar benar sudah menemukan artikel yang sedang anda butuhkan Sekarang. Jangan lupa untuk menyebarluaskan informasi Nasihat Emas Fudhail bin Iyadh Berkaitan Beban Jawatan ini untuk orang orang terdekat anda, Bagikan infonya melalui fasilitas layanan Share Facebook maupun Twitter yang tersedia di situs ini.
Back To Top
close