Yulia Amira Blogs !!

Kisah Ibn Mahdi Membetulkan Gurunya Ubaidillah bin Hasan Al-Anbari

Kisah Ibn Mahdi Membetulkan Gurunya Ubaidillah bin Hasan Al-Anbari - Selamat datang di blog Yulia Amira !!, Info kali ini adalah tentang Kisah Ibn Mahdi Membetulkan Gurunya Ubaidillah bin Hasan Al-Anbari !! Semoga tulisan singkat dengan kategori KISAH TAULADAN !! Status Facebook !! TAZKIRAH !! ini bermanfaat bagi anda yang membutuhkan. Dan untuk anda yang baru berkunjung kenal dengan blog sederhana ini, Jangan lupa ikut menyebarluaskan postingan bertema Kisah Ibn Mahdi Membetulkan Gurunya Ubaidillah bin Hasan Al-Anbari ini ke social media anda, Semoga rezeki berlimpah ikut di permudahkan sang khalik yang maha kuasa, Selengkapnya lansung lihat infonya dibawah -->





|| Mengaku Salah Lebih Disukai Daripada Terus Membela Kesalahan ||

Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani (wafat 852H) menaqalkan kisah menarik antara Ubaidillah ibn Hasan Al-Anbari (wafat 168H) dengan muridnya, Abdul Rahman ibn Mahdi (faqih, Imam Hadith, Guru Imam Ahmad ibn Hanbal, wafat 198H)

 وقال ابن مهدى كنا في جنازة فسألته عن مسألة فغلط فيها فقلت له اصلحك الله أتقول فيه كذا وكذا فاطرق ساعة ثم رفع رأسه فقال إذا ارجع وأنا صاغر لان أكون ذنبا في الحق أحب إلي من أن أكون رأسا في الباطل
Telah berkata Abdul Rahman ibn Mahdi: Suatu hari kami ketika kami sedang menghadiri solat jenazah, kami bertanya kepadanya tentang sebuah masalah, lalu beliau salah ketika menjawabnya. Maka saya katakan kepadanya:
“Semoga Allah menjagamu, jawapan yang benar mengenainya adalah begini dan begini.”
Lalu beliau (Ubaidillah ibn Hasan Al-Anbari) terdiam seketika kemudian mengangkat kepalanya seraya berkata:

“Jika begitu, saya tarik kembali pandangan saya tadi dan saya mengaku salah, kerana menjadi ekor (kerdil) dalam kebenaran lebih saya cintai daripada menjadi kepala (pemimpin) dalam kebatilan (terus-menerus dalam kesalahan).” [Tahzib Al-Tahzib 7/7]

Selain seorang Ulama’ besar dan seorang Salafussoleh, yang hebat, tahukah apa anda kedudukan Ubaidillah ibn Hasan Al-Anbari pada ketika itu?

Beliau seorang Qadhi di Basrah, Faqih dan Hujjah ummat ketika itu. Mencari pemimpin yang bertaraf ulama’ sahaja sudah hampir mustahil di zaman ini, apatah lagi yang sanggup menarik pandangannya dan mengaku salah.

Menariknya, beliau tak rasa terhina pun dibetulkan kesilapannya oleh muridnya atau orang yang lebih muda darinya. Hari ini sebahagian orang jika murid menegur guru, dikatakan pula tidak menghormati guru. Diajar untuk terima sahaja tanpa mempersoalkan.

Orang yang ikhlas dengan ilmu tidak akan malu mengaku salah dan membenarkan orang lain apabila dia sedar dirinya telah tersilap. Ianya bukanlah suatu aib, bahkan bukti jelas betapa luasnya pemikiran dan hebatnya peribadi seseorang.

Kita zaman ini, walaupun telah terbukti salah namun kerana ego yang menebal sanggup menegakkan benang yang basah daripada mengaku salah.

wallahua'lam.





Demikianlah Artikel Kisah Ibn Mahdi Membetulkan Gurunya Ubaidillah bin Hasan Al-Anbari, Semoga dengan adanya artikel singkat seperti Informasi postingan Kisah Ibn Mahdi Membetulkan Gurunya Ubaidillah bin Hasan Al-Anbari ini, Anda benar benar sudah menemukan artikel yang sedang anda butuhkan Sekarang. Jangan lupa untuk menyebarluaskan informasi Kisah Ibn Mahdi Membetulkan Gurunya Ubaidillah bin Hasan Al-Anbari ini untuk orang orang terdekat anda, Bagikan infonya melalui fasilitas layanan Share Facebook maupun Twitter yang tersedia di situs ini.
Back To Top
close