Fatwa Imam An-Nawawi: Imam Diam Selepas Membaca Al-Fatihah - Selamat datang di blog Yulia Amira !!, Info kali ini adalah tentang Fatwa Imam An-Nawawi: Imam Diam Selepas Membaca Al-Fatihah !! Semoga tulisan singkat dengan kategori
FATWA !!
Fatwa Mazhab Syafie !! ini bermanfaat bagi anda yang membutuhkan. Dan untuk anda yang baru berkunjung kenal dengan blog sederhana ini, Jangan lupa ikut menyebarluaskan postingan bertema Fatwa Imam An-Nawawi: Imam Diam Selepas Membaca Al-Fatihah ini ke social media anda, Semoga rezeki berlimpah ikut di permudahkan sang khalik yang maha kuasa, Selengkapnya lansung lihat infonya dibawah -->
بسم الله الرحمن الرحيم
Dalam solat Jahriyah (yakni solat yang bacaannya dibaca dengan kuat iaitu solat Subuh, Maghrib dan Isyak-pen) setelah imam membaca Al-Fatihah, dia diam untuk memberikan kesempatan kepada makmum membaca surah Al-Fatihah. Adakah perkara itu disunnahkan bagi Imam untuk saktah (diam) dengan diam yang sebenar-benarnya atau adakah ketika itu dia membaca surah dalam Al-Quran atau bertasbih secara sir (perlahan)?
Adakah perbuatan ini berdasarkan daripada syara’ atau adakah ulama’ yang menyebutkan pendapat ini?
Imam An-Nawawi rahimahullah menjawab:
Dalam keadaan saktah (imam diam) ini bagi Imam untuk berzikir, berdoa, atau membaca Al-Quran secara sir (diam). Menurut pendapatku, membaca Al-Quran pada ketika itu lebih utama kerana memang ketika itulah tempatnya (untuk membaca Al-Quran).
Adapun alasan yang menunjukkan bahawa sebaiknya imam melakukan hal yang demikian yakni membaca Al-Quran, berdoa atau berzikir dan bukannya diam yang sebenar-benar diam kerana tidak ada waktu diam bagi Imam (ketika waktu solat berdasarkan syara’).
Begitu juga hujah diatas berdasarkan qiyas iaitu diqiyaskan dengan keharusan Imam membaca Al-Quran sewaktu makmum menunggu untuk solat Khauf. Jika orang bertanya: “Mengapa ianya disebut saktah (diam) sedangkan disitu Imam diperintahkan untuk membacakan Al-Quran atau berzikir?”
Jawab: Ianya (istilah diam) tersebut tidaklah terlarang (tidak salah) sebagaimana halnya sesudah takbiratul ihram juga dinamakan saktah (diam) padahal ketika itu disunnahkan untuk membaca doa iftitah.
Diriwayatkan dalam kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim:
Daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku bertanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, Wahai Rasulullah, engkau diam seketika di antara takbiratul ihram dengan Al-Fatihah itu, apakah yang engkau baca?”
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Aku membaca
اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِى وَبَيْنَ خَطَايَاىَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ ، اللَّهُمَّ نَقِّنِى مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ ، اللَّهُمَّ اغْسِلْ خَطَايَاىَ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ
Ya Allah, jauhkanlah antara aku dan dosaku sebagaimana engkau menjauhkan antara timur dan barat. Ya Allah sucikanlah aku dari dosa-dosaku sebagaimana sucinya kain putih dari kotoran. Ya Allah besihkanlah kesalahanku dengan air, salji dan air sejuk” [Riwayat Al-Bukhari no. 744 dan Muslim no. 1382]
Ianya dinamakan saktah (diam) padahal Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam membaca doa iftitah. Memang ketika itu merupakan waktu diam jika dibandingkan dengan bacaan jahr (secara kuat) sebelum dan sesudah doa iftitah.
Ulama’ yang menyebutkan masalah ini ialah As-Syaikh Abul Faraj As-Sarkashi rahimahullah di dalam kitabnya Al-Amaali. Dia berkata di dalam kitab itu:
“Di dalam waktu diam (diam sejenak selepas Imam membaca Al-Fatihah) disunnahkan berdoa dengan doa yang disebutkan di dalam hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu: “Allahumma baa’id…hingga akhir ayat.”
Pendapat As-Sarkashi rahimahullah ini bagus namun pendapat yang rajah ialah pada ketika saktah (diam) Imam iaitu setelah membaca Al-Fatihah maka hendaklah dia membaca ayat Al-Quran dengan sir seperti yang telah kami sebutkan sebelumnya.
Jika ada orang bertanya bahawa berdoa dan membaca Al-Quran pada ketika itu tidak disebutkan di dalam riwayat yang bersumberkan daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, maka bagaimanakah hal tersebut?
Jawabnya ialah sebagaimana tidak adanya dalil yang menetapkan sedikian maka tidak ada pula dalil yang meniadakan atau dalil yang melarangnya. Oleh kerana itu masalah ini ialah masalah yang tidak ada nasnya dan terhadap masalah yang tidak mempunyai nas maka dilakukan qiyas seperti yang kami sebutkan tadi.
Wallahua’lam.
[ Fatawa Al-Imam An-Nawawi Al-Musamma bi Masaail al-Manthuurah bab
الحديث على السكتة بعد الفاتحة في حق الإمام ]
والله أعلم بالـصـواب
Demikianlah Artikel Fatwa Imam An-Nawawi: Imam Diam Selepas Membaca Al-Fatihah, Semoga dengan adanya artikel singkat seperti Informasi postingan Fatwa Imam An-Nawawi: Imam Diam Selepas Membaca Al-Fatihah ini, Anda benar benar sudah menemukan artikel yang sedang anda butuhkan Sekarang. Jangan lupa untuk menyebarluaskan informasi Fatwa Imam An-Nawawi: Imam Diam Selepas Membaca Al-Fatihah ini untuk orang orang terdekat anda, Bagikan infonya melalui fasilitas layanan Share Facebook maupun Twitter yang tersedia di situs ini.