Yulia Amira Blogs !!

Biografi Masruq Al-Ajda' ( مسروق الأجدع)

Biografi Masruq Al-Ajda' ( مسروق الأجدع) - Selamat datang di blog Yulia Amira !!, Info kali ini adalah tentang Biografi Masruq Al-Ajda' ( مسروق الأجدع) !! Semoga tulisan singkat dengan kategori Biografi Salafussoleh !! ini bermanfaat bagi anda yang membutuhkan. Dan untuk anda yang baru berkunjung kenal dengan blog sederhana ini, Jangan lupa ikut menyebarluaskan postingan bertema Biografi Masruq Al-Ajda' ( مسروق الأجدع) ini ke social media anda, Semoga rezeki berlimpah ikut di permudahkan sang khalik yang maha kuasa, Selengkapnya lansung lihat infonya dibawah -->



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Nama: 

Masruq Al-Ajda’ Al-Hamadani Al-Wadi’I Abu Aisyah Al-Kufi. Dalam tahzib Al-Kamal disebutkan nama penuhnya ialah Masruq bin Al-Ajda’ bin Malik bin Umayyah bin Abdullah bin Murri bin Salman (ada juga yang menyebut Salaman) bin Muammar bin Al-Harith bin Sa’ad bin Abdullah bin Wadi’ah. [Tahzib 27/451-452]

Al-Hafiz Abu Bakar Al-Khatib berkata mengenai asal usul namanya Masruq: 

يقال إنه سرق وهو صغير ثم وجد فسمي مسروقاً وأسلم أبوه الأجدع
“Ada yang mengatakan bahawa pada waktu kecil dia pernah hilang kerana diculik lalu dijumpai sehingga dia dinamakan Masruq (orang yang diculik), kemudian ayahnya Al-Ajda’ memeluk Islam.” [Tarikh Baghdad 12/232]


Kelahirannya: 

Menurut Syaikh Ahmad Farid dalam Min A’lam As-Salaf, daripada pengamatannya didapati tidak ada seorang pun penulis biografi ulama’ menyebutkan tarikh lahirnya dengan jelas. Mereka hanya memberikan keterangan bahawa Masruq meninggal pada tahun sekitar 62 atau 63 Hijrah. 

Harun bin Hatim daripada Al-Fadl bin Amr mengatakan:

“Masruq meninggal pada usia 63 tahun”

Jadi dapat dikatakan bahawa Masruq lahir sekitar tahun satu hijrah atau setahun sebelumnya. Allahua’lam.


Terkenal sebagai Ahli Ibadah

Diriwayatkan daripada Ibrahim bin Muhammad Al-Muntashir dia berkata: 

كان مسروق يرخى الستر بينه و بين أهله ويقبل على صلاته ويخليهم ودنياهم
“Masruq memasang penutup antara dia dan ahli keluarganya ketika solat agar khusyuk dalam solatnya, meninggalkan mereka dan dunia mereka” [Hilyah Al-Auliya’ 3/96]


Diriwayatkan daripada Anas bin Sirin daripada isteri Masruq berkata:

كان مسروق يصلى حتى تورم قدماه فربما جلست خلفه أبكى مما أراه يصنع بنفسه
“Masruq banyak mengerjakan solat sehingga kedua kakinya membengkak. Aku sering duduk di belakangnya sambil menangis kerana tidak sanggup melihat apa yang dilakukannya (ibadahnya).” [Tahzib Al-Kamal 27/455]


Diriwayatkan daripada As-Sya’bi dia berkata: 

كان - يعني مسروقاً - يصلي حتى تورم قدماه فربما جلست أبكي خلفه مما أراه يصنع بنفسه. أخبرنا عبيد الله بن عمر الواعظ حدثني أبي حدثنا يعقوب بن أحمد بن ثوابة بحمص حدثنا سعيد بن عثمان التنوخي حدثنا علي بن الحسن الشامي حدثنا سفيان الثوري عن فطر بن خليفة عن الشعبي قال: غشى على مسروق بن الأجدع في يوم صائف وهو صائم وكانت عائشة زوج النبي صلى الله عليه وسلم قد تبنته فسمى ابنته عائشة وكان لا يعصي ابنته شيئاً قال: فنزلت إليه فقالت يا أبتاه أفطر واشرب. قال: ما أردت بي يا بنية قالت الرفق قال: يا بنية إنما طلبت الرفق لنفسي في يوم كان مقداره خمسين ألف سنة
“Masruq bin Al-Ajda’ pengsan ketika sedang berpuasa pada musim kemarau. Sayyidah Aisyah, isteri Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam sudah menganggapnya seperti anaknya sendiri sehingga Masruq memberikan nama puterinya Aisyah. Dia tidak pernah marah kepada puterinya sedikitpun. Kemudian puterinya datang kepadanya dan berkata: “Wahai Ayah, makan dan minumlah.” Masruq menjawab: “Apa yang kamu ingin dariku wahai anakku?” Puterinya menjawab: “Aku hanya kasihan melihat ayah.” Masruq berkata: “Wahai puteriku, aku hanya ingin mendapatkan kasih saying dari Allah subhanahu wa ta’ala pada hari yang jaraknya selama lima puluh ribu tahun (maksudnya satu hari di akhirat seperti lima puluh ribu tahun di dunia).” [Tarikh Baghdad 13/234]


Diriwayatkan daripada Abu Ishaq berkata: 

حج مسروق فما بات إلا ساجداً
“Ketika Masruq mengerjakan ibadah haji, dia tidak pernah tidur kecuali dalam keadaan bersujud.” [Hilyah Al-Auliya’ 2/95]


Diriwayatkan daripada Ibrahim bin Muhammad bin Al-Muntasyir berkata:

أهدى خالد بن عبد الله بن أسيد عامل البصرة إلى عمي مسروق ثلاثين ألفا، وهو يومئذ محتاج فلم يقبلها
“Khalid bin Abdullah salah seorang pembesar di Basrah memberikan hadiah wang kepada Masruq sebanyak 3000 dinar. Walaupun dia sangat memerlukannya, namun dia tetap tidak menerimanya.” 


Abu Ishaq As-Subai’i berkata: 

زوج مسروق بنته بالسائب بن الاقرع على عشرة آلاف لنفسه يجعلها في المجاهدين والمساكين
“Masruq menikahkan puterinya dengan Sa’ib bin Al-Aqra’ dengan mas kahwin sebanyak 10,000 dinar yang diberikan Sa’ib kepadanya. Lalu wang tersebut digunakan oleh Masruq untuk membiayai para pejuang Islam dan membantu orang fakir dan miskin.” [Siyar A’lam An-Nubala 4/66]


Sifat Wara’ dan Zuhudnya

Masruq Al-Ajda’ merupakan seorang hakim yang unggul sewaktu hanyatnya. Sungguhpun beliau seorang ulama’ besar, alim dan hakim, namun beliau tidak pernah mengambil sebarang gaji walaupun beliau memang layak mendapatkannya. 

Diriwayatkan daripada Ibrahim bin Muhammad bin Al-Muntashir daripada ayahnya daripada Masruq Al-Ajda’ dia berkata: 

أنه كان لا يأخذ على القضاء أجراً، ويتناول هذه الآية: إن الله اشترى من المؤمنين أنفسهم وأموالهم بأن لهم الجنة
“Sesungguhnya dia tidak pernah mengambil bayaran daripada pekerjaannya sebagai seorang hakim atas dasar firman Allah ta’ala:”

“Sesungguhnya Allah membeli jiwa raga dna harta orang-orang yang beriman dengan syurga.” [Hilyah Al-Auliya’ 2/96]


Ibrahim bin Muhammad bin Al-Muntashir juga berkata:

“Setiap hari jumaat Masruq akan menunggang keldainya dan aku di belakang. Dia membawa penyapu yang sudah lama ke kebun lalu berkata: “Dunia ini ada di bawah kita.”



Guru-Gurunya: 

Beliau merupakan pembesar Tabi’in yang sempat bertemu dan berguru dengan para sahabat Nabi yang hebat. Antara guru-guru Masruq menurut Al-Mizzi dalam Tahzib Al-Kamal 27/452-453: 
  1. Abu Bakar As-Siddiq 
  2. Uthman bin Affan 
  3. Ali bin Abi Talib 
  4. Ubai bin Ka’ab 
  5. Zaid bin Thabit 
  6. Abdullah bin Umar bin Al-Khattab (Ibn Umar) 
  7. Abdullah bin Amr bin Al-Ash 
  8. Abdullah bin Mas’ud (Ibn Mas’ud) 
  9. Muaz bin Jabal 
  10. Sayyidah Aisyah isteri Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam 
  11. Ummu Salamah isteri Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam 
  12. Ibunya, Ummu Ruman 
  13. Khabab bin Al-Art 
  14. Ubaid bin Umair Al-Laithi 
  15. Ma’qil bin Sinan Al-Asyja’i 
  16. Al-Mughirah bin Syu’bah 
  17. Subai’ah Al-Aslamiyah 

Murid-muridnya: 

Murid-muridnya pula begitu ramai dan kesemuanya lahir sebagai ulama’ hebat selepasnya. Antaranya ialah: 

  1. Ibrahim An-Nakha’i 
  2. Anas bin Sirin 
  3. Ayyub bin Hani’ 
  4. Abu Wail Syaqiq bin Salamah 
  5. Amir As-Sya’bi 
  6. Jabal bin Rufaidah 
  7. Abdullah bin Murrah Al-Khariqi 
  8. Abdurrahman bin Abdullah bin Mas’ud (Anak ibn Mas’ud. Masruq sebelumnya berguru dengan Ibn Mas’ud dan selepas itu anak Ibn Mas’ud sendiri berguru dengan Masruq, Subhanallah.) 
  9. Ubaid bin Nadhlah 
  10. Ammarah bin Umair 
  11. Al-Qasim bin Al-Munyastir bin Al-Ajda’ (cucu Masruq) 
  12. Muhammad bin An-Nasyr Al-Hamdani 
  13. Abu Ad-Dhuha Salam bin Shabih 
  14. Makhul bin As-Syami 
  15. Yahya bin Al-Jazzar 
  16. Yahya bin Watsab 
  17. Abu Al-Ahwash Al-Jusyami 
  18. Abu Ishaq AS-Subai’i 
  19. Abu As-Sya’tha Al-Muharibi dan 
  20. Isterinya Umair bin Amr 

Ucapan Emasnya

Antara kata-kata hikmah yang keluar dari lisannya ialah:

كفى بالمرء علماً أن يخشى الله، وكفى بالمرء جهلاً أن يعجب بعمله
Cukuplah seseorang itu dikatakan alim bila dia takut kepada Allah subhanahu wa ta’ala dan seseorang itu bodoh bila dia rasa 'ujub (bangga) dengan amalannya. [Thabaqat Ibn Sa’ad 6/80]


والمرء حقيق أن يكون له مجالس يخلو فيها فيذكر ذنوبه فيستغفر الله
Hendaklah seseorang itu mempunyai tempat sunyi sehingga dia dapat menggunakannya untuk muhasabah dirinya, merenung dosa-dosanya dan meminta ampun kepada Allah subhanahu wa ta’ala. [Thabaqat Ibn Sa’ad 6/80]


أن أقضي بقضية فأوافق الحق أو أصيب الحق أحب إلي من رباط سنة في سبيل الله
Sesungguhnya ketika aku memutuskan sesuatu perkara dalam suatu pengadilan yang dekat dengan kebenaran atau aku benar dalam ijtihad ianya lebih aku cintai daripada aku berperang selama satu tahun di jalan Allah. [Thabaqat Ibn Sa’ad 6/81]


من سره أن يعلم علم الأولين، وعلم الآخرين، وعلم الدنيا والآخرة، فليقرأ سورة الواقعة
“Sesiapa ingin mendapatkan ilmu-ilmu para pendahulunya dan akhirnya, juga ilmu-ilmu dunia dan akhirat maka bacalah Surah Al-Waqi’ah.” 

Kata Az-Zahabi: 

هذا قاله مسروق على المبالغة، لعظم ما في السورة من جمل أمور الدارين. ومعنى قوله: فليقرأ الواقعة - أي: يقرأها بتدبر وتفكر وحضور، ولا يكن كمثل الحمار يحمل أسفارا
Ucapan Masruq ini memang terkesan dan perlu disebar-sebarkan kerana memang besar manfaat dan kandungan yang ada dalam surah itu (Al-Waqi’ah) yang meliputi masalah dunia dan akhirat sekaligus. 

Adapun yang dimaksudkan dengan membaca surah Al-Waqi’ah maksudnya ialah membacanya dengan merenungi ayat-ayat dan memikirkan tanda-tanda keagungan dan kebesaran Allah dengan merasakan seolah-olah Dia hadir dihadapannya sehingga dia tidak seperti sebuah perumpamaan yang disebutkan dalam Al-Quran: “Seekor keldai terbeban membawa kitab yang banyak (perumpamaan bagi pembawa kitab yang banyak namun tidak mampu membaca dan memahami maksud dalam kitab yang banyak itu).” [Siyar A’lam An-Nubala 4/68]



Pujian Ulama’ Terhadapnya

Amir As-Sya’bi berkata:

ما رأيت أحداً أطلب للعلم في الآفاق من مسروق
“Aku tidak pernah tahu orang yang lebih banyak mengembara ke pelbagai tempat untuk mencari ilmu berbanding Masruq.” [Siyar A'lam An-Nubala 4/65]


Ibn Al-Madini berkata: 

أنا ما أقدم على مسروق أحدا صلى خلف أبي بكر
“Aku tidak pernah mempersilakan seorang pun untuk berada di belakang Abu Bakar ketika solat jemaah (yang diimami oleh Abu Bakar) melainkan kepada Masruq (kerana ketokohannya berbanding orang lain).”


As-Sya’bi berkata:

كان مسروق أعلم بالفتوى من شريح، وكان شريح أعلم بالقضاء، وكان شريح يستشير مسروقا
“Masruq lebih mengetahui dalam fatwa fatwa berbanding Syuraih kerana Syuraih sendiri banyak meminta pendapat Masruq.” [Thabaqat Ibn Sa’ad 6/82]


Ibn Sa’ad berkata: 

وكان ثقة وله أحاديث صالحة
“Dia adalah thiqah (dapat dipercayai perkataan dan amalannnya) dan dia mempunyai banyak hadith yang layak diriwayatkan.” [Tabaqat Ibn Sa’ad 6/84]


Yahya bin Main berkata:

مسروق ثقة، لا يسأل عن مثله
“Masruq adalah orang yang dapat dipercayai dan tidak ada orang yang dapat menyamainya.” [Siyar A’lam An-Nubala 4/67]


Kata Abu Nu’aim:

ومنهم العالم بربه، الهائم بحبه، الذاكر لذنبه، في العلم معروق، وبالضمان موثوق، ولعباد الله مشوق، أبو عائشة المسمى بمسروق
“Dia antara teman Abdullah bin Mas’ud ada seseorang yang sangat takut dan cinta kepada Tuhannya dan selalu ingat akan banyaknya dosa yang telah dilakukannya. Dia sangat dihormati keilmuannya, dapat dipercayai dan selalu ingin bertemu dengan Tuhannya dengan memperbanyakkan ibadah, dialah Abu Aisyah (Bapa kepada Aisyah) bernama Masruq.” [Hilyah Al-Auliya’ 2/95]


Meninggal Dunia

Masruq Al-Ajda’ meninggal dunia pada tahun 93 Hijrah menurut pendapat Sufyan bin Uyainah dalam Tabaqat Ibn Sa’ad. Abu Nu’aim menyatakan bahawa Masruq meninggal dunia pada tahun 92 Hijrah. 


 والله أعلم بالـصـواب 



Demikianlah Artikel Biografi Masruq Al-Ajda' ( مسروق الأجدع), Semoga dengan adanya artikel singkat seperti Informasi postingan Biografi Masruq Al-Ajda' ( مسروق الأجدع) ini, Anda benar benar sudah menemukan artikel yang sedang anda butuhkan Sekarang. Jangan lupa untuk menyebarluaskan informasi Biografi Masruq Al-Ajda' ( مسروق الأجدع) ini untuk orang orang terdekat anda, Bagikan infonya melalui fasilitas layanan Share Facebook maupun Twitter yang tersedia di situs ini.
Back To Top
close