Amalan Yang Disunnahkan Pada Bulan Rejab. - Selamat datang di blog Yulia Amira !!, Info kali ini adalah tentang Amalan Yang Disunnahkan Pada Bulan Rejab. !! Semoga tulisan singkat dengan kategori
Amalan !!
Bid'ah !!
Bulan Islam !! ini bermanfaat bagi anda yang membutuhkan. Dan untuk anda yang baru berkunjung kenal dengan blog sederhana ini, Jangan lupa ikut menyebarluaskan postingan bertema Amalan Yang Disunnahkan Pada Bulan Rejab. ini ke social media anda, Semoga rezeki berlimpah ikut di permudahkan sang khalik yang maha kuasa, Selengkapnya lansung lihat infonya dibawah -->
السلام عليكم
Sebelum ini saya telah menjelaskan Status kesahihan fadhilat-fadhilat yang sering diperkatakan pada bulan-bulan Rejab dengan membawa beberapa pendapat ulama' terkini dan terdahulu. bagi yang belum berkesempatan membacanya, boleh membaca di link ini, insyaAllah.
Dalam penulisan kali ini, penulis ingin berkongsi beberapa amalan-amalan yang disunnahkan untuk umat Islam melakukannya. Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam kebanyakan penulisan sebelum ini, adalah penting bagi sekalian umat Islam beramal dengan amalan yang ma'thur yang mempunyai sandaran dari nas-nas yang sahih dan diterima. Kerana setiap amal ibadat bukan sahaja perlu ikhlas dalam mengerjakannya bahkan wajib mengikut panduan daripada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Ini kerana ibadah Bagindalah yang paling sempurna lagi benar maka tidak sepatutnya bagi kita yang mengaku umatnya mendahului Baginda dengan melakukan amalan yang tiada sandaran daripadanya atau daripada sahabat serta kalangan salafussoleh.
Syeikh Muhammmad Mutawall Al-Sya’rawi dalam menjawab satu pertanyaan mengenai apakan bulan dari bulan-bulan ‘am yang afdal manusia berpuasa selepas bulan Ramadhan, beliau memetik hadis berikut diriwayatkan dalam Musnad Ahmad :
“Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, katanya : Bulan mana kamu perintahkanku berpuasa selepas Ramadan? Maka Rasulullah saw berkata : Jika aku berpuasa selepas Ramadan, maka berpuasalah dibulan Haram, maka sesungguhnya didalamnya dari Taubat Allah subhanahu wa ta'ala keatas satu kaum, dan terdapat taubat didalamnya untuk satu kaum yg lain”
Jelas disini menunjukkan bulan-bulan haram ini disunatkan berpuasa dan juga terdapatnya keampunan Allah subhanahu wa ta'ala didalam bulan-bulan ini. [ Shiekh Mohammad Mutawali Al-Sya’rawi. Al-Fatawa. Dar Al-Fath Lil-A’lam Al-Arabi, 2000. ms. 371.]
Bekas Mufti besar Arab Saudi, Shiekh Abdul Aziz Bin Baaz apabila ditanya berpuasa pada bulan-bulan haram, Beliau menjawab:
“Bulan Muharam dari segi syara’ dibolehkan berpuasa dengannya dan begitu juga Sya’ban, disana terdapatnya 10 Zulhijjah, bukanlah ada dalil disan keatasnya, akan tetapi berpuasa dengannya TANPA ber’itiqad yg khusus (khas) atau peribadi, maka tidaklah menjadi masalah.”
Bagi bulan Allah Al-Haram tersebut, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda : Seafdal-adfal berpuasa selepas ramadan ialah dibulan Allah Al-Haram)). Maka adalah baik bagi berpuasa, atau berpuasalah pada 9, 10 dan 11, itulah yg baik, begitu juga dengan Sya’ban dimana Nabi saw berpuasa dengannya” [ Syeikh Abdul Aziz bin Baaz. Majmu’ Fatawa. Riyad : Dar Al-Watan, 1996 ms. 269.]
Seorang Ulama’ Islam dari negara Syria yg terkenal pada masa kini, Syeikh Dr. Wahbah Zuhaily mengatakan bahawa, kebanyakkan iman empat mazhab (Syafiie, Hanbali, Maliki dan Hanafi) bersetuju mengenai terdapatnya amalan berpuasa sunat didalam bulan-bulan haram ini, cuma ia berbeza pendapat mengenai cara implementasinya. kata Dr Wahbah Zuhaily :
“Keutamaan berpuasa pada bulan-bulan ini terdapat disisi Mazhab Maliki dan Syafiie, dan mazhab Hanbali berpuas hati dengan keputusan sendirinya memberi keutamaan berpuasa dibulan Haram, pada mereka itulah puasa yg afdal selepas Ramadan, telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam : ((Seafdal solat ialah pertengahan malam, dan seafdal puasa selepas bulan Ramadan ialah di bulan Allah Al-Haram)). Seadal puada dibulan haram ialah Hari Al-Asyura’, sebagaimana diantaranya. Dan berkata mazhab Hanafiah : Sunat berpuasa didalam bulan-bulan Haram, iaitu berpuasa 3 hari dari semuanya iaitu :- Hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.” [ Dr Wahbah Zuhaily. Fikh Al-Islami Wa adillatuhu. Damsyik : Dar Al-Fikr, 1989. ms 591]
Shiekh Abdul Rahman Al-Jaziry didalam buku Kitab Fikh Empat Mazhab juga memetik persetujuan 4 mazhab ini mengenai puasa dibulan-bulan haram, kata nya:
“Mengenai sunat berpuasa dibulan Rejab dan Sya’ban, Imam-imam ini telah bersetuju dengannya, cuma terdapat khilaf dengan hanbali, Hanbali menetapkan puasa Rejab (secara tunggal) adalah makruh, melainkan jika ia berbuka (tidak berpuasa) secara selang-seli, maka tidaklah Makruh.” [Abdul Rahman Al-Jaziry. Kitaabu Al-Fikhu a’la al-Mazaahibi Al-Arba’ah. Dar Al-Manar, 1999. ms 447-448]
Panelist fatwa IslamOnline, Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, ketika diminta memberi fatwa mengenai apakah berpuasa didalam bulan Rejab itu sunat atau bid’ah, beliau telah menjawab :
“Berpuasa didalam bulan adalah maqbul dan mustahab, keatas semua perkara. Tetapi bukanlah datang dari Rasulullah saw bahawa beliau berpuasa satu bulan penuh, melainkan bulan Ramadhan. Beliau banyak berpuasa didalam bulan Sya’ban, tetapi tidak berpuasa sepenuhnya, dan itulah sunnah nabawiyyah … Beliau berpuasa dan berbuka disetiap bulan, seperti riwayat mengatakan : ((Beliau berpuasa sehingga kami mengatakan beliau tidak berbuka, Beliau berbuka sehingga kami mengatakan beliau tidak berpuasa)) (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud).
Maka beberapa golongan manusia berpuasa seluruh bulan Rejab, sebagaimana yg kita lihat sebelum ini, Aku telah lihat beberapa orang berpuasa bulan Rejab, Sya’ban, Ramadhan dan 6 hari didalam bulan Syawal, dan menamakannya “Al-Ayam Al-Baidh”, selepas berbuka, mereka akan menjadi perayaan pada hari yg ke 8 dari Syawal….Hasil dari puasa ini ialah 3 bulan dan 6 hari saling berhubungan, mereka hanya akan berbuka apabila tiba Hari A’id. Hal ini tidak berasal daripada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam , atau pun dari para sahabat atau pun dari Al-Salaf Al-Saleh.. maka mereka berpuasa sehari dan berbuka sehari. Tidak ada berterusan didalam puasa. Barangsiapa yg ingin ber’iitiba’ dan inginkan ganjaran, maka ia harus mengikur Nabi saw dimana tidak berpuasa sepenuhnya didalam Rejab, dan tidak berpuasa sepenuhnya didalam Sya’ban. Dan ini adalah yg lebih utama. Wa Billahi Tawfiq.”
Beliau tegas mengatakan bahawasanya disunatkan berpuasa pada bulan-bulan haram, tetapi tidak lah sepenuh bulan Rejab dan Sya’ban, kerana ini tidak dilakukan oleh Rasulullah saw, atau sahabat-sahabatnya ataupun para ulama’ Salafussoleh.
[Shiekh Dr Yusuf Al-Qardhawi. Fatwa IslamOnline – Puasa Rejab. URL :http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=1310]Puasa-Puasa sunat yg lain
Syeikh Muhammad Mutawali Al-Sya’rawi didalam fatwanya menjawab persoalan mengenaipuasa-puasa sunat, beliau telah menyenaraikan 8 jenis puasa yg beliau sifat sebagai :”Puasa yang orang Islam lakukan bagi mendekatkan diri kepada Allah. [Sheikh Mohammad Mutawali Al-Sya’rawi. Al-Fatawa. Dar Al-Fath Lil-A’lam Al-Arabi, 2000. ms 415]
Puasa-puasa sunat :1. Hari Arafah (9 Zulhijjah kepada mereka yg tidak menunaikan Haji.2. Hari Asyura’, disitu ada hari 9 atau mana-mana hari 9 atau 10 Muharam.3. 6 hari didalam bulan Syawal.4. Hari-hari Putih didalam bulan-bulan Arab (islam) iaitu :- hari13,14 dan 15.5. Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis didalam setiap minggu.6. Berpuasa didalam bulan-bulan haram iaitu :- Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.7. Berpuasa mana-mana dari 9 hari dari bulan Zulhijjah, dari 1 hingga 9 Zulhijjah.8. Berpuasa penuh didalam Sya’ban atau dengan banyaknya. “
Para Fuqaha’ berpendapat jika seseorang itu ingin melakukan puasa sunat, tetapi dia mas! ! ! ih mempunyai baki puasa wajib, hendaklah ia mengqada’kannya. Bahkan jika ia mempunyai kifarat dan nazar, maka hendaklah dia melakukannya puasa itu dahulu.[Dr Wahbah Zuhaily. Fikh Al-Islami Wa adillatuhu.Damsyik : Dar Al-Fikr, 1989. ms 595.]
Kesimpulan :
1. Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu’ (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr, Al Qardhawi)
2. Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yg tertentu sahaja untuk melakukan ibadat khusus.
3. Tidak ada fadilat khusus yang sahih ditujukan pada bulan Rejab, cuma terdapat fadilat umum kepada ke empat-empat bulan haram.(Al-Saqr, Al-Qardhawi)
4. Tidak ada solat dan zikir khusus untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi).
5. Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan Puasa sunat dan banyakkan bertaubat. ( Imam Al-Sya’rawi)
6. Keadah berpuasa di dalam bulan-bulan haram ialah:
- hari yg ke 9,10,11 di dalam bulan Muhaaram (Syeikh Abdul Aziz bin Bazz)
- berpuasa hari Khamis, Jumaat, Sabtu (HHanafiah – Al-Zuhaily)
- Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya’ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi)
- berpuasa pada hari Assyura’ (10 Muharaam) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah).
7. Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yang lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan Haram.(Syed Sabiq)
8. Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan Rejab sahaja, dimana 3 bulan-bulan yg Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa (MazhabHanbali- Al-Jaziry)
9. Tidak ada dalil yg mengatakan bahawa menziarah kubur didalam bulan Rejab mempunyai kelebihannya.
10. Larangan dari terlibat menyebarkan HADIS-HADIS PALSU, kerana ditakuti kita adalah sebahagian dari mereka yg MENDUSTAKAN Rasulullah saw. (Na’uzubillahhu min zalik).
Dalam mempertingkat amalan-amalan kita kepada Allah swt, sering kali kita disajikan dengan pelbagai-bagai amalan yg kelihatan banyak fadilatnya. Malah ada juga kedapatan beberapa fadilat-fadilat yg sangat rapuh dalilnya, bahkan ia menjadi pegangan sebahagian umat Islam pada hari ini. Bagi persoalan-persoalan seperti fadilat Rejab atau bulan-bulan yg lain, kita mesti kembali kepada panduan kita, iaitu Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam sebagaimana firman Allah subhanahu wa ta'ala didalam surah Al-Ahzab ayat 21:
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” [Al-Ahzab 33:21].
Akhir kata, Selamat menyambut kedatangan bulan-bulan Haram sebagaimana yg telah diajarkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.
والله أعلمُ بالـصـواب
Demikianlah Artikel Amalan Yang Disunnahkan Pada Bulan Rejab., Semoga dengan adanya artikel singkat seperti Informasi postingan Amalan Yang Disunnahkan Pada Bulan Rejab. ini, Anda benar benar sudah menemukan artikel yang sedang anda butuhkan Sekarang. Jangan lupa untuk menyebarluaskan informasi Amalan Yang Disunnahkan Pada Bulan Rejab. ini untuk orang orang terdekat anda, Bagikan infonya melalui fasilitas layanan Share Facebook maupun Twitter yang tersedia di situs ini.