Yulia Amira Blogs !!

Makna Muhammad Rasulullah محمد رسول الله

Makna Muhammad Rasulullah محمد رسول الله - Selamat datang di blog Yulia Amira !!, Info kali ini adalah tentang Makna Muhammad Rasulullah محمد رسول الله !! Semoga tulisan singkat dengan kategori Fikrah Dan Manhaj !! ini bermanfaat bagi anda yang membutuhkan. Dan untuk anda yang baru berkunjung kenal dengan blog sederhana ini, Jangan lupa ikut menyebarluaskan postingan bertema Makna Muhammad Rasulullah محمد رسول الله ini ke social media anda, Semoga rezeki berlimpah ikut di permudahkan sang khalik yang maha kuasa, Selengkapnya lansung lihat infonya dibawah -->



السلام عليكم




Berikut adalah perbahasan atau bab seterusnya dalam penulisan bagi topik Fikrah dan Manhaj. Pada siri sebelumnya telah dijelaskan serba sedikit perihal Pengertian Lailahaillallah (لاَ إِلَهَ إِلَّاالله). Adapun entri yang lainnya bagi topik ini boleh dibaca disini: Fikrah Dan Manhaj

Kalimah Muhammad Rasulullah (محمد رسول الله) juga cukup sinonim bagi umat Islam diseluruh dunia sama seperti kalimah Lailahaillallah لاَ إِلَهَ إِلَّاالله. Mengimana Nabi Muhammad s.a.w sebagai utusan dan hamban Allah s.w.t bermaksud membenarkan apa yang dikhabarkan oleh Baginda, mentaati apa yang diperintahkan, meninggalkan segala larangan dan tegahan dan apa yang Baginda ingatkan serta beribadah kepada Allah s.w.t seperti mana yang telah Baginda ajarkan melalui sunnah-sunnahnya.

Firman Allah s.w.t. kepada Rasulullah s.a.w:

قُل لَّا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ ۚ وَلَوْ كُنتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لَاسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ ۚ إِنْ أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman". (al-A'raf,7:118)


Perlu difahami bahawa perintah untuk mentaati dan mematuhi Rasulullah s.a.w ini bukanlah bermaksud mematuhi Baginda sehingga meletakkan taraf baginda itu seperti Allah s.w.t, Tuhan Semesta Alam. Kerana itu Rasulullah s.a.w sendiri telah berpesan agar tidak mengikut kaum Nasrani yang berlebih-lebihan menyanjung Isa a.s. Rasulullah s.a.w bersabda:

لا تطروني كما اطرات النصارى ابن مريم، فانما انا عبده، فقولو عبدالله ورسوله. رواه البخري
"Janganlah kalian terlalu berlebih-lebihan menyanjungku sebagaimana orang-orang Nasrani berlebih-lebihan menyanjungi Isa ibn Maryam. Sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba. Maka katakanlah, Muhammad seorang hamba dan utusan Allah" (Riwayat al-Bukhari)

Berkata Syeikh Abu Hasan An-Nadwi:

"Para Nabi di awal dakwah mereka dan tujuan utama mereka adalah meluruskan keyakinan kepada Allah s.w.t, meluruskan hubungan para hamba kepada sang Penciptanya, mengajak manusia untuk beribadah dengan ikhlas kepadaNya, memurnikan segala bentuk ibadah hanya kepadaNya semata-mata serta meletakkan keyakinan bahawa Allah s.w.t sahajalah yang boleh memberi manfaat dan mudarat, yang berhak disembah, diminta pertolongan, perlindungan." (An-Nubuwwah)

Kecintaan kepada Rasulullah s.a.w diterjemahkan dengan mengikuti perintah Rasulullah, meninggalkan larangan yang dinyatakan Rasulullah, berselawat dan mendoakan Baginda, dan menegakkan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w yang mulia. Dan apabila berdoa, maka berdoalah kepada Allah s.w.t, bukan kepada Rasulullah dan bukan pula kepada para wali dan sesiapa jua sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:


إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللهَ، وَ إِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِااللهِ
"Apabila engkau hendak meminta, mintalah kepada Allah dan bila engkau hendak memohon pertolongan, mohonlah kepada Allah." (Riwayat al-Tirmizi, beliau menilainya hasan sahih)


Rasulullah s.a.w turut berdoa kepada Allah s.w.t walaupun Baginda adalah Rasul yang mulia dan maksum dari dosa dan sudah terjamin ke syurga. Apabila ditimpa kesedihan dan kedukaan, Baginda berdoa:


يَاحَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ
"Wahai Zat yang hidup kekal dan terus menerus mengurus makhlukNya, dengan rahmatMu aku meminta pertolongan" (Riwayat al-Tirmizi, hadith ini hasan)


Semoga hati kita senantiasa mencintai Rasulullah s.a.w dengan mencintai sunnah-sunnahnya. Bukan semata-mata mengungkap kalimah cinta namun dalam masa yang sama memusuhi sunnah Rasulullah dan menyenangi bid'ah yang menyalahi sunnah. 


والله أعلمُ بالـصـواب


Demikianlah Artikel Makna Muhammad Rasulullah محمد رسول الله, Semoga dengan adanya artikel singkat seperti Informasi postingan Makna Muhammad Rasulullah محمد رسول الله ini, Anda benar benar sudah menemukan artikel yang sedang anda butuhkan Sekarang. Jangan lupa untuk menyebarluaskan informasi Makna Muhammad Rasulullah محمد رسول الله ini untuk orang orang terdekat anda, Bagikan infonya melalui fasilitas layanan Share Facebook maupun Twitter yang tersedia di situs ini.
Back To Top
close